Jika diimbas kembali bingkisan sejarah ketamadunan
Melayu suatu ketika dahulu, segala pahit maungnya perjuangan pejuang-pejuang
keamanan negara, sudah pasti timbul akan kesedaran dalam diri kita betapa
peritnya laluan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Elemen kesedaran ini
bakal mendorong kita untuk mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini,
demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajahan
Barat di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat
setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan
pemimpin serta pengikutnya telah menyumbang kepada kejayaan menentang penjajah.
Dalam penentangan ini, jelas kepada kita bahawa sikap berdisiplin serta gigih
berusaha akan membuahkan hasil yang cemerlang.
Sewajarnya, ingatan tulus ikhlas dan penuh kesedaran
ini merupakan aspek penting yang perlu diterapkan dalam menjana unsur-unsur patriotisme
seterusnya menyemai sikap ini dalam diri kita. Nilai ini adalah sangat
digalakkan dalam memelihara keharmonian seterusnya melahirkan rasa kecintaan
terhadap bumi bertuah ini. Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah faktor
penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.
ohh yeah....yethe
ReplyDelete🤔🤔🤔tamizhan vere level
DeleteNice
ReplyDelete