Selain daripada kekuatan ketenteraan, pihak polis Malaysia
turut menjadi pihak berautoriti dalam mengekalkan keamanan negara. Pihak polis
telah berjaya memerangi banyak kes dan gejala sosial yang menular di negara
kita, baik dari golongan remaja mahupun golongan belia. Contoh terbaik yang
dapat kita ambil ialah peristiwa pencerobohan Kerajaan Sulu di Lahad Datu. Pihak
polis merupakan antara pihak-pihak yang bertanggungjawab memastikan keadaan di
Pantai Timur Sabah itu terus terkawal. Hasilnya dapat kita lihat pada hari ini
bahawasanya pengganas yang menyerang bumi Lahad Datu tersebut telah tumpas di
tangan pasukan keselamatan Malaysia.
Dalam aspek ekonomi pula, seperti yang kita tahu
Malaysia telah menjalinkan hubungan baik serta kerjasama yang erat bersama
negara-negara jiran terutamanya negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Kerjasama yang
antaranya adalah bermatlamatkan kepada pertumbuhan ekonomi, melalui pelbagai pelaksanaan
projek perindustrian, menjamin kepada keseimbangan tahap ekonomi di negara
kita. Mei 2012 lepas, menyaksikan rancangan Malaysia untuk terus memperluaskan
jaringan usaha ini dengan menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah negara
ASEAN dalam sektor koperasi yang merangkumi bidang pertanian, pelancongan dan
penternakan.
No comments:
Post a Comment