Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang
mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya serta mempunyai konsep
perlembagaan iaitu undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan utama para
pemerintah negara dalam proses mentadbir negara. Konsep ini adalah di bawah kekuasaan
mutlak seorang raja yang berperanan sebagai ketua hakim dan penggubal serta
pelaksana undang-undang negara. Di atas aspek-aspek inilah negara kita Malaysia
menjadi tumpuan asing selain mempunyai kekayaan sumber-sumber alam.
Dalam misi mengekalkan kedaulatan negara, penglibatan
daripada semua pihak, termasuklah pemerintah dan rakyat, adalah sangat
dituntut. Setiap individu ini seharusnya mengambil peranan masing-masing dalam
melahirkan modal insan yang bertaraf tinggi. Di samping itu, mengamalkan konsep
rukun negara sekali gus menerapkan nilai-nilainya ke dalam diri juga merupakan
aspek yang perlu dilaksana dan dipelihara dalam usaha mengembalikan perpaduan
semua kaum di Malaysia selain melahirkan masyarakat yang progresif, demokratik
dan bersifat terbuka,dan sekali gus
mempertahankan maruah dan kedaulatan negara tercinta ini.
Negara kita Malaysia mendukung cita-cita yang tinggi
bagi mengekalkan status negara harmoni dan berdaulat dan pada masa yang sama
terus mengekalkan tradisi dan kebudayaan. Keterlibatan semua pihak adalah
sangat penting bagi mencapai misi dan visi negara serta bagi mengelakkan negara
kita dari belenggu penjajahan, baik dari segi mental dan fizikal, juga bagi
memelihara maruah bangsa dan tanah air daripada dipijak sewenang-wenangnya oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
terima kasih. Ini sgt membantu saya dlm kertas 3 sejarah
ReplyDelete