Malaysia yang dikenali sebagai negara yang berstatus
aman makmur mempunyai masyarakat berbilang kaum, berasal daripada pelbagai
jenis bangsa dan budaya. Masyarakat yang berpegang teguh pada konsep perpaduan
serta berjanji setia untuk terus bersama-sama mengekalkan keamanan negara
berdaulat ini.
Tanpa mengambil kira sebarang aspek perbezaan kaum,
seluruh rakyat Malaysia seharusnya memberikan sokongan padu kepada pasukan
keselamatan negara yang bertungkus lumus mempertahankan maruah bangsa dan tanah
air daripada dipijak sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pengalaman pahit yang telah dialami oleh penduduk-penduduk Sabah sudah cukup
memberikan kita satu pengajaran yang sangat berguna bahawasanya perpaduan sesama
kaum itu sangat tinggi nilainya.
Jangan kerana hanya memikirkan kepentingan politik,
isu keselamatan juga turut dipertikaikan. Apalah kiranya andai kita seluruh
warga Malaysia dapat sama-sama berhimpun, tanpa sedikitpun mengambil kira jenis
puak dan “warna bendera”, menadah tangan memohon agar keamanan negara Malaysia
dapat dikekalkan, memohon agar kesejahteraan Malaysia terus terpelihara dengan
izin-Nya.
No comments:
Post a Comment